Berita fitnah.

*Berita Fitnah; Apa Sikap Kita?*

1. Terlalu banyak bertebaran berita fitnah sekarang. Kalau dulu ia menggunakan surat layang tanpa nama, tapi sekarang menggunakan tangkap layar juga tanpa nama dan disebarkan tanpa rujukan sumber. Media whatsap dan FB menjadi platform untuk memerangkap manusia dalam dosa sama ada dosa menyebar berita fitnah atau dosa bersangka jahat. Penyebaran pula berlaku dengan niat jahat atau tanpa sedar tetapi memberi kesan besar pada mangsa tuduhan.

2. al-Quran mengajar prinsip
وَلَا تُطِعْ كُلَّ حَلَّافٍ مَّهِينٍ (10) هَمَّازٍ مَّشَّاءٍ بِنَمِيمٍ (11)

“Jangan kamu turuti setiap orang yang kuat bersumpah lagi hina, sentiasa berbisik menghasut, bergerak ke sana sini membawa berita adu domba.. “

3. Hari ini pengadu domba yang disebut oleh al-Quran sebagai “kuat menghasut atau Hammaz (هماز) dan “kuat bergerak ke sana sini atau Massya’ ( مشاء ) ” bukan lagi dalam bentuk bertandang rumah ke rumah menyebar berita. Tetapi ia berubah dalam bentuk pergerakan whatsap ke whatsap yang menyerbu masuk ke setiap rumah dan ke setiap individu. Ia dipindahkan menerusi perkongsian di FB yang mencecah jutaan manusia.

4. Dalam beberapa minit sesuatu berita yang tidak pasti, tiada sumber, berbentuk gosip, mencemar nama seseorang, mencipta persepsi jahat bertebaran.

5. Penerima awal perkhabaran tidak bertanya kepada penyebar kebenaran dan kesahihan tersebut. Sepatutnya jika tiada pengesahan, berita itu mati di situ sahaja. Tetapi tidak. Sikap teruja ingin berkongsi mendorongnya berkongsi perkhabaran ke dalam group yang besar seramai 250 orang dalam bentuk pertanyaan;

Benarkah?
Ada sesiapa yang tahu?
Tiada jawapan diterima.
Dan sudah pasti tiada yang dapat menjawab!!!

6. *250 orang ini masing akan berkongsi dalam beberapa group yang lain mengandungi 250 orang juga setiap group menjadikan angkanya sekarang 250 x 250 = 62500 orang. 62500 ini berkongsi lagi menjadikan angka 62500 x 250 = 15,625,000. Semua dalam masa tak sampai 5 minit.*

7. Semua akan berkongsi dalam bentuk pertanyaan; benarkah? Sahihkah? jika benar alangkah jahatnya! Masing-masing akan mula mengomen dan mengulas dengan pelbagai persepsi. Dalam masa yang sama setiap juga akan berkongsi dalam group lain juga menjadikan 15,625,000 x 250 =3,906,250,000. Bayangkan 3 bilion manusia!!!!

8. Penyebar pertama tadi hanya tersenyum bertepuk tangan. Agenda “Hammaz” dan “Massya'” berjaya. Mangsa pula berhempas pulas terpaksa menepis dan menafi. Namanya sudah rosak. Nama keluarga juga tercemar.

9. Tapi penyebar-penyebar berita palsu ini tidak berdosakah? Jawabnya memang berdosa besar. Sedang makan bangkai daging saudara sendiri tetapi apa diendah dosa pada hari ini.

10. Sangat sedikit yang boleh beramal termasuk yang belajar agama sendiri dengan 2 panduan al-Quran dalam kisah fitnah jahat terhadap Aisyah isteri Nabi

Panduan 1

لَّوْلَا إِذْ سَمِعْتُمُوهُ ظَنَّ الْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بِأَنفُسِهِمْ خَيْرًا وَقَالُوا هَٰذَا إِفْكٌ مُّبِينٌ (12)
“Alangkah baik disaat kamu mendengar berita fitnah itu orang beriman lelaki dan perempuan bersangka baik pada diri mereka sendiri dan berkata; INI ADALAH BERITA FITNAH YANG SANGAT JELAS!”
Surah an-Nur ayat 12

Panduan Kedua

وَلَوْلَا إِذْ سَمِعْتُمُوهُ قُلْتُم مَّا يَكُونُ لَنَا أَن نَّتَكَلَّمَ بِهَٰذَا سُبْحَانَكَ هَٰذَا بُهْتَانٌ عَظِيمٌ

“Dan alangkah baik disaat kamu mendengar berita fitnah itu kamu berkata; Tidak wajar kita memperkatakan perkara ini. Mahasuci Engkau. INI ADALAH CERITA REKAAN YANG SANGAT BESAR !”
Surah an-Nur ayat 16

11. Wahai saudara, marilah kita bertanya kepada diri masing-masing.

*Adakah kita penyebar fitnah?*
Jawapannya ya! kerana kita memang turut berkongsi.

*Adalah kita bersedia menanggung dosa yang panjang berangkai-rangkai?*
jawapannya, ya! kerana neraka dan dosa itu kecil bagi kita!

Bayangkan jika ia terjadi kepada kita atau ahli keluarga kita. Bersediakah???

Sekian untuk renungan.

Ustaz Hasyim Abdullah
Setiawan, Perak
2.6.2021

Assalamalaikum.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

ُِSalam Pagi Sabtu
5 June 2021
24 Shawal 1442H

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Ya Allah dipagi yang mulia ini, kami memohon ampun atas segala dosa dan salah silap yang kami lakukan selama ini, moga-moga kami dapat menjalani ibadah kami dengan lebih tenang, sempurna dan mendapat keredhaan dan kerahmatan dari Mu Ya Allah.

Ya Allah berkatilah rezeki yang telah Engkau limpahkankan kepada kami dan peliharalah kami dari api neraka.

Ya Allah ampunilah dosa kami dan bukakanlah bagi kami pintu rahmat Mu.

Ya Allah anugerahkanlah bagi kami pasangan hidup dan keturunan kami sebagai peyenang hati kami dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.

Ya Allah kami memohon kesejahteraa badan dan penambahan ilmu dan keberkatan rezeki, serta taubat sebelum mati dan mendapat rahmat diwaktu mati dan keampunan sesudah mati.

Ya Allah permudahkan segala urusan kami, jauhkan kami dari urusan yang susah, lindungilah kami daripada kejahatan diri kami dan keburukan amalan kami, lindungi kami dari azab api neraka, azab kubur, fitnah hidup dan mati serta fitnah al-Dajjal.

Ya Allah kami bermohon ke hadrat-Mu, berilah taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami.

Ya Allah Ya Tuhan kami, tunjukkanlah kami jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepada kami dan kepada ibu bapa kami dan berilah kebaikan kepada kami dengan memberi kebaikan kepada anak cucu kami.

Ya Allah Ya Tuhan kami hindarilah kami dari bala dunia dan bala akhirat.

Ya الله Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Ya Allah, bagi mereka yang telah kembali kepadaMu, kurniakanlah kepada mereka nikmat Syurga Mu semasa mereka di Alam Barzah.

Ya Allah hidupkan kami dalam Islam dan matikanlah kami dalam Islam. Ya Allah perlindungilah kami dari bisikan dan tipu helah syaitan.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya الله .

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

Sila share.