Sejarah Pulau Pinang.

SEJARAH PERLU DIJELASKAN

“Pengasas Pulau Pinang Adalah Melayu-Minang”

Sejarah Pembukaan Pulau Pinang @ Pulau Mutiara bukan dilakukan oleh Francis Light sebaliknya adalah Al-Marhum Tuan Haji Mohammed Saleh atau dikenali sebagai Nakhoda Intan Ibnu Al-Marhum Nam Tunku Patis Batang. Nakhoda Intan yang berasal dari Kampung Buadi Paya Kumbuh, Sumatera Barat telah membuka Pelabuhan Batu Uban dan membina penempatan di kawasan berkenaan pada 1734 setelah mendapat perkenan Sultan Kedah, Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin Muazzam Shah II.

Malah pada tahun yang sama, dua saudara Datuk Nakhoda Intan iaitu Nakhoda Bayan dan Nakhoda Kecil juga telah datang ke negeri ini dan masing masing membuka penempatan di BAYAN LEPAS serta JELUTONG.

Francis Light hanya tiba di negeri ini selepas 52 tahun kedatangan Datuk Nakhoda Intan bersama saudaranya di Pulau Pinang. Seorang lagi tokoh dari alam Melayu yang tiba sebelum Francis Light ke negeri ini ialah Datuk Janatun. Datuk Janatun serta pengikutnya yang juga berasal dari Pagar Ruyung mengusahakan dan membangunkan Kawasan GELUGOR seluas kira-kira 40 Hektar (100 ekar). Datuk Janatun Ini telah dihadiahkan “100 ekar tanah di pantai barat Pulau Pinang oleh Sultan Kedah.”

Masjid Jamek Batu Uban adalah bukti kukuh untuk menafikan bahawa Pulau Pinang bukanlah dibuka oleh penjajah yang bernama Francis Light yang didakwa telah mengasaskan Pulau Pinang pada tahun 1786 . Masjid Jamek Batu Uban ini telah dibina oleh Nakhoda Intan bersama pengikutnya pada Tahun 1734 , Sehingga kini Masjid Batu Uban yang dibangunkan oleh Datuk Nakhoda Intan bersama pengikutnya masih utuh disamping sebuah telaga yang digali oleh mereka juga airnya tidak pernah kering biarpun telah berusia hampir 300 tahun.

Nama BATU UBAN tercatat dalam sejarah sebagai Oban, Ooban dan Batoo Oban yang mengambil sempena dengan sebuah batu besar yang menyerupai kepala manusia yang penuh beruban dan terletak di tengah laut di antara masjid dan Pulau Jerejak. Bentuk asalnya berupa segi empat sama dan dibina menggunakan kayu sementara dindingnya menggunakan bahan batuan.

Bahagian asal masjid ini yang masih kekal ialah empat batang tiang seri berbentuk segi empat di tengah masjid dan puncak kubah masjid. Selain itu, kolam tempat mengambil wuduk dan perigi masjid yang masih digunakan merupakan binaan asal. Batu Uban menjadi persinggahan para pedagang, pengembara serta mubaligh Islam dari India, Pakistan dan Timur Tengah pada ketika itu.

Georgetown yang kononnya dibuka oleh Francis Light dan menjadi ibu negeri Pulau Pinang adalah satu penipuan sejarah oleh penjajah. Nama sebenar Georgetown adalah ‘Tanjung Penaga’ sebelum ditukarkan British dan sebab itu masih ada segelintir orang tua pada hari ini masih menyebut “Tanjung” bagi merujuk kawasan Georgetown.

Sebenarnya rombongan Francis Light menjumpai Pulau Pinang secara tidak sengaja apabila rombongan beliau dari Phuket, Thailand kehabisan sumber air bersih di selat Pulau Pinang. Masyarakat hari ini mungkin tidak tidak mengetahui yang sejarah pembukaan Pulau Pinang dipenuhi pelbagai polemik, drama tipu-helah, muslihat dan peperangan antara British dengan Kedah.

Dan apabila dia mendapati Pulau Pinang adalah kawasan yang sesuai untuk pelabuhan, Francis Light terus ke Kedah untuk mendapat persetujuan Sultan Kedah untuk menubuhkan sebuah pangkalan di Pulau Pinang. Kapten Light berjaya memujuk Sultan Kedah untuk menyerahkan Pulau Pinang dan sebagai balasannya, berjanji bahawa British akan membantu tentera Kedah dari segi bantuan pertahanan sungguhpun dia mengetahui bahawa dia tidak memiliki kuasa untuk berbuat sedemikian.

Francis Light memungkiri janjinya selepas Kedah meminta bantuan British menentang Siam setelah British menduduki Pulau Pinang pada tahun 1786. Keengganan Francis Light membantu Kedah menyebabkan Kedah menyerang British di Pulau Pinang.

Malang sekali Kedah kalah dan terpaksa menyerahkan tanah di Seberang Perai, Pulau Pinang kepada British pada tahun 1791. British memberi nama kawasan terbabit sebagai Province Wellesley (kini Seberang Perai). British mahukan Seberang Perai untuk mendapatkan bekalan makanan dan minuman seperti padi. Seberang Perai juga menjadi penampan pertahanan dari serangan Sultan Kedah.

Sebelum abad ke-18, Pulau Pinang terletak di bawah jajahan Kedah sehinggalah ke penghujung abad berkenaan. Tipu muslihat Francis Light menyebabkan Pulau Pinang terpaksa diserahkan kepada British. Fakta-fakta tentang sejarah Pulau Pinang tidak diketahui umum dan tidak menjadi sebahagian daripada pengetahuan kita kerana penjajah menyembunyikan sejarah sebenar negara kita.

Berapa banyak fakta sejarah agaknya yang telah dimanipulasikan disembunyikan dan diputarbelit oleh penjajah. Malah di dalam buku teks sejarah kat sekolah yang digunakan oleh semua murid kat Malaysia juga banyak sejarah yang palsu. Tolong sebarkan biar orang lain semua tahu kebenaran ini.

Kredit Tengku Daeng Mawelle