*Berita Fitnah; Apa Sikap Kita?*
1. Terlalu banyak bertebaran berita fitnah sekarang. Kalau dulu ia menggunakan surat layang tanpa nama, tapi sekarang menggunakan tangkap layar juga tanpa nama dan disebarkan tanpa rujukan sumber. Media whatsap dan FB menjadi platform untuk memerangkap manusia dalam dosa sama ada dosa menyebar berita fitnah atau dosa bersangka jahat. Penyebaran pula berlaku dengan niat jahat atau tanpa sedar tetapi memberi kesan besar pada mangsa tuduhan.
2. al-Quran mengajar prinsip
وَلَا تُطِعْ كُلَّ حَلَّافٍ مَّهِينٍ (10) هَمَّازٍ مَّشَّاءٍ بِنَمِيمٍ (11)
“Jangan kamu turuti setiap orang yang kuat bersumpah lagi hina, sentiasa berbisik menghasut, bergerak ke sana sini membawa berita adu domba.. “
3. Hari ini pengadu domba yang disebut oleh al-Quran sebagai “kuat menghasut atau Hammaz (هماز) dan “kuat bergerak ke sana sini atau Massya’ ( مشاء ) ” bukan lagi dalam bentuk bertandang rumah ke rumah menyebar berita. Tetapi ia berubah dalam bentuk pergerakan whatsap ke whatsap yang menyerbu masuk ke setiap rumah dan ke setiap individu. Ia dipindahkan menerusi perkongsian di FB yang mencecah jutaan manusia.
4. Dalam beberapa minit sesuatu berita yang tidak pasti, tiada sumber, berbentuk gosip, mencemar nama seseorang, mencipta persepsi jahat bertebaran.
5. Penerima awal perkhabaran tidak bertanya kepada penyebar kebenaran dan kesahihan tersebut. Sepatutnya jika tiada pengesahan, berita itu mati di situ sahaja. Tetapi tidak. Sikap teruja ingin berkongsi mendorongnya berkongsi perkhabaran ke dalam group yang besar seramai 250 orang dalam bentuk pertanyaan;
Benarkah?
Ada sesiapa yang tahu?
Tiada jawapan diterima.
Dan sudah pasti tiada yang dapat menjawab!!!
6. *250 orang ini masing akan berkongsi dalam beberapa group yang lain mengandungi 250 orang juga setiap group menjadikan angkanya sekarang 250 x 250 = 62500 orang. 62500 ini berkongsi lagi menjadikan angka 62500 x 250 = 15,625,000. Semua dalam masa tak sampai 5 minit.*
7. Semua akan berkongsi dalam bentuk pertanyaan; benarkah? Sahihkah? jika benar alangkah jahatnya! Masing-masing akan mula mengomen dan mengulas dengan pelbagai persepsi. Dalam masa yang sama setiap juga akan berkongsi dalam group lain juga menjadikan 15,625,000 x 250 =3,906,250,000. Bayangkan 3 bilion manusia!!!!
8. Penyebar pertama tadi hanya tersenyum bertepuk tangan. Agenda “Hammaz” dan “Massya'” berjaya. Mangsa pula berhempas pulas terpaksa menepis dan menafi. Namanya sudah rosak. Nama keluarga juga tercemar.
9. Tapi penyebar-penyebar berita palsu ini tidak berdosakah? Jawabnya memang berdosa besar. Sedang makan bangkai daging saudara sendiri tetapi apa diendah dosa pada hari ini.
10. Sangat sedikit yang boleh beramal termasuk yang belajar agama sendiri dengan 2 panduan al-Quran dalam kisah fitnah jahat terhadap Aisyah isteri Nabi
Panduan 1
لَّوْلَا إِذْ سَمِعْتُمُوهُ ظَنَّ الْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بِأَنفُسِهِمْ خَيْرًا وَقَالُوا هَٰذَا إِفْكٌ مُّبِينٌ (12)
“Alangkah baik disaat kamu mendengar berita fitnah itu orang beriman lelaki dan perempuan bersangka baik pada diri mereka sendiri dan berkata; INI ADALAH BERITA FITNAH YANG SANGAT JELAS!”
Surah an-Nur ayat 12
Panduan Kedua
وَلَوْلَا إِذْ سَمِعْتُمُوهُ قُلْتُم مَّا يَكُونُ لَنَا أَن نَّتَكَلَّمَ بِهَٰذَا سُبْحَانَكَ هَٰذَا بُهْتَانٌ عَظِيمٌ
“Dan alangkah baik disaat kamu mendengar berita fitnah itu kamu berkata; Tidak wajar kita memperkatakan perkara ini. Mahasuci Engkau. INI ADALAH CERITA REKAAN YANG SANGAT BESAR !”
Surah an-Nur ayat 16
11. Wahai saudara, marilah kita bertanya kepada diri masing-masing.
*Adakah kita penyebar fitnah?*
Jawapannya ya! kerana kita memang turut berkongsi.
*Adalah kita bersedia menanggung dosa yang panjang berangkai-rangkai?*
jawapannya, ya! kerana neraka dan dosa itu kecil bagi kita!
Bayangkan jika ia terjadi kepada kita atau ahli keluarga kita. Bersediakah???
Sekian untuk renungan.
Ustaz Hasyim Abdullah
Setiawan, Perak
2.6.2021

